Situasi banjir di Segamat tidak berubah, 43 mangsa di PPS

Situasi banjir di Segamat tidak berubah, 43 mangsa di PPS

KUALA LUMPUR: Situasi banjir di Segamat, Johor tidak berubah dengan 43 mangsa daripada 12 keluarga masih ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 6 pagi ini, menurut laporan Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

NADMA dalam laporan tersebut turut memaklumkan tinjauan situasi di Stesen Telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran mendapati beberapa sungai berada pada paras bahaya yang menunjukkan trend meningkat iaitu Sungai Johor di Kota Tinggi, Johor, Sungai Kedah (Kota Setar, Kedah) dan Sungai Arau (Arau, Perlis).

Sungai Terengganu di Hulu Terengganu, Terengganu turut berada pada paras bahaya manakala Sungai Jemaluang (Mersing, Johor) dan Sungai Duyong (Jasin, Melaka) direkodkan berada pada tahap amaran.

Sebanyak 17 jalan ditutup akibat banjir, jambatan rosak dan cerun runtuh antaranya Jalan Boh di Cameron Highlands, Pahang, Jalan Lingkaran Kahang Barat di Kluang, Johor dan Jalan Durian Mentangau di Dungun, Terengganu.

Menurut NADMA, Lebuhraya Kuantan-Segamat di Pekan, Pahang pula dijangka ditutup sehingga 28 Jan akibat jalan mendap dan Jalan Raya Timur-Barat di Hulu Perak, Perak buat masa ini hanya dibuka satu lorong akibat cerun runtuh. – Bernama

Author:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *