Ngeh: Kejadian disyaki khianat guna api mungkin ada kaitan dengan kenyataan saya pada 28 Dis

Ngeh: Kejadian disyaki khianat guna api mungkin ada kaitan dengan kenyataan saya pada 28 Dis

MANJUNG: Ahli Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham (gambar) percaya bahawa kejadian yang didakwa sebagai khianat dengan api yang berlaku di rumahnya di Ayer Tawar awal pagi tadi, mungkin berpunca daripada kenyataan media yang dikeluarkannya pada 28 Dis tahun lepas.

Ngeh berkata kenyataan media itu adalah bagi menjawab cadangan kerajaan Persekutuan untuk membentuk sebuah jawatankuasa yang diketuai bekas Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi untuk mengkaji konflik antara Undang-undang Syariah dan Perlembagaan Persekutuan, dengan kesemua 11 ahli jawatankuasa tersebut adalah beragama Islam.

Menurut Ngeh, beliau telah mencadangkan supaya pakar Perlembagaan bukan Islam dilantik ke dalam jawatankuasa itu supaya mengambil kira pandangan orang bukan Islam sebelum sebarang perubahan pada undang-undang dibuat.

“Saya secara khusus menyatakan bahawa pandangan orang bukan Islam berhubung peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan diambil kira. Tidak pernah pada bila-bila masa saya mengatakan bahawa mereka campur tangan dalam Undang-undang Islam atau perkara-perkara berkaitan Islam.

“Saya juga mencadangkan supaya wakil daripada Badan Peguam Malaysia dilantik kerana ia adalah badan berkanun yang ditubuhkan dengan kepentingan dalam apa-apa perkara berkaitan undang-undang negara kita,” katanya dalam sidang media di sini hari ini, sambil menambah bahawa beliau tidak terlibat dalam sebarang bergaduh atau berselisih faham dengan sesiapapun, sebelum kejadian kebakaran itu, hari ini. -Bernama

Author:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *