Buruh Indonesia maut ditimbus tanah

Buruh Indonesia maut ditimbus tanah

KUANTAN: Seorang buruh warga Indonesia maut selepas ditimbus tanah menggelongsor ketika mengukur kedalaman longkang yang baru digali di Kampung Berembang, Padang Tengku di Lipis, dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Lipis Supt Azli Mohd Noor berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian menimpa Khairul Anam, 28, pada 11.15 pagi.

“Berdasarkan keterangan awal, tanah terbabit menggelongsor semasa mangsa berada dalam longkang menyebabkan tiga rakannya segera turun untuk membantu mengeluarkan mangsa.

“Mangsa dikatakan tertimbus selama 15 minit sebelum ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri,“ katanya ketika dihubungi hari ini.

Khairul Anam yang berasal dari Jawa Timur difahamkan baru lima bulan bekerja dengan syarikat subkontraktor bagi kerja pembinan berkaitan laluan Lingkaran Tengah Utama (LTU) di situ.

Azli berkata mayat dibawa ke Hospital Kuala Lipis untuk bedah siasat. –Bernama

Author:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *