KOTA KINABALU: Penglibatan pelajar Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dalam program “Shape Your Future #FitFinances 2.0” anjuran Persatuan Takaful Malaysia (MTA) membuka jalan kepada generasi muda untuk lebih memahami tentang literasi kewangan sekali gus meningkatkan pengetahuan mereka mengenai kepentingan takaful.
Ketua Pegawai Eksekutif MTA Radzuan Mohamed berkata program yang dianjurkan bersama Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan Kolej Vokasional itu, dilaksanakan kerana MTA sedar graduan TVET adalah antara penyumbang terbesar dalam tenaga sumber manusia di negara ini selain bagi menyahut seruan kerajaan.
Beliau berkata sepanjang program literasi kewangan bersama pelajar TVET sebelum ini iaitu siri pertama di Kem Wawasan Negara Kaki Bukit, Perlis dan siri kedua di Kem Wawasan Negara Gunung Pulai, Kulai, Johor, yang masing-masing melibatkan 150 pelajar, peserta dilihat sangat aktif dalam setiap aktiviti dijalankan.
“Kita juga boleh nampak keterujaan yang sama ditunjukkan oleh pelajar TVET di Sabah. Kita amat berbangga dan ia boleh dilihat sebagai satu daripada sasaran literasi kewangan di negeri ini khususnya dan Malaysia amnya,“ katanya kepada Bernama sempena penutupan program Shape Your Future #FitFinances 2.0 yang dirasmikan Pembantu Menteri Kewangan Sabah Datuk Julita Mojungki di sini hari ini.
Program Shape Your Future #FitFinances 2.0 siri ketiga itu melibatkan 100 pelajar dari Kolej Vokasional di negeri ini, yang diadakan di Akademi Bomba dan Penyelamat Wilayah Sabah selama tiga hari berakhir hari ini.
Radzuan berkata melalui program itu, pelajar turut diperkenalkan dengan Takaful4All sebagai persiapan mereka di masa depan untuk menghadapi perkara di luar kawalan terutamanya setelah bekerja dan berkeluarga.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif AKPK Azaddin Ngah Tahir berkata program yang dijalankan oleh AKPK bukan hanya memfokuskan kepada pengurusan kredit, tetapi secara holistik termasuk berkaitan emosi, transformasi minda, spiritual dan fizikal yang baik.
Beliau berkata antara kaedah yang dijalankan ialah memberi panduan bagaimana mengurus kewangan dengan teratur supaya dapat memberi sumbangan kepada keluarga dan masyarakat sekali gus bebas daripada bebanan hutang.
Menurutnya AKPK memfokuskan kepada golongan muda kerana berdasarkan statistik golongan yang berada dalam pengurusan kredit adalah yang berumur antara 30 dan 45 tahun kerana mereka tidak mempunyai pengurusan kewangan yang baik semasa mula bekerja.
Oleh itu, katanya peranan AKPK adalah untuk memastikan golongan yang baru memasuki alam pekerjaan dapat membuat perancangan kewangan yang baik dan tidak terjebak dalam pembayaran hutang yang membebankan.
“Dalam kewangan ini kita mesti melihat dari segi emosi dan rohani kerana ia tidak boleh dipisahkan. Kalau emosi seseorang itu tidak tenang, kemungkinan dia tidak dapat melakukan perbelanjaan dengan baik,“ katanya sambil menekankan pentingnya menjaga emosi agar dapat menjaga kesihatan fizikal kerana ia akan menjadi antara punca perbelanjaan tidak terancang.
Sementara itu, MTA dalam kenyataannya memaklumkan objektif utama penganjuran program itu adalah untuk berkongsi ilmu pendidikan kewangan dengan pelajar Kolej Vokasional menerusi bengkel intensif yang dipenuhi dengan ceramah kewangan, slot aktiviti, jelajah dan pemberian ganjaran bagi kumpulan pelajar yang berjaya dalam menyelesaikan tugasan diberikan.
Program Shape Your Future #FitFinances2.0 adalah antara inisiatif yang sejajar dengan matlamat Bank Negara Malaysia dalam Pelan Sektor Kewangan (FSB) 2022-2026 untuk memajukan kewangan di Malaysia.
MTA menekankan pendidikan literasi kewangan selaras dengan Pengantaraan Berasaskan Nilai untuk Takaful (VBIT), termasuk dalam memperkasakan Rangka Kerja Rangkuman Kewangan (FIF) 2023-2026 terhadap masyarakat yang merujuk kepada nilai inklusiviti.
Ia merupakan prinsip utama dalam agenda pembangunan sosioekonomi negara bagi memastikan semua lapisan masyarakat dapat menikmati hasil pertumbuhan dan pembangunan ekonomi tanpa mengira jantina, kaum, status sosioekonomi dan penempatan penduduk. – Bernama
Wow, incredible blog layout! How long have you ever been running a blog for?
you make running a blog glance easy. The whole glance
of your site is magnificent, let alone the content! You can see similar
here sklep online