KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersedia untuk menghantar anggotanya ke Palestin untuk menyertai misi pengaman sekiranya ada permintaan berbuat demikian.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata bagaimanapun tiada keperluan berbuat demikian kerana situasi di sana masih tegang.
“Sekiranya hendak hantar anggota polis, perlu ada permintaan daripada kerajaan dan Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIFIL). Jika ada, memang kami akan hantar untuk misi pengaman, namun keadaan tidak mengizinkan buat masa ini,” katanya pada sidang media khas di Bukit Aman di sini hari ini.
Dalam pada itu, Razarudin berkata PDRM juga tidak menerima sebarang maklumat terdapat orang awam yang ingin melakukan perjalanan ke kawasan konflik di Palestin.
Pada masa sama, beliau menasihati rakyat Malaysia yang ingin menyalurkan sebarang bentuk bantuan supaya menyemak kesahihan wakil menguruskan sumbangan serta mengambil langkah teliti demi mengelak daripada menjadi mangsa penipuan.
Sementara itu, mengulas mengenai tahap keselamatan negara susulan kelantangan rakyat Malaysia menyuarakan isu Palestin, beliau berkata polis sedang mengumpul pelbagai maklumat keselamatan termasuk berkaitan pergerakan aktiviti ejen perisikan asing di negara ini.
“PDRM melalui risikan akan mengumpul maklumat sebanyak mungkin berkaitan perkara berkenaan. Ia termasuklah maklumat berkaitan ejen Mossad dan sabotaj ekonomi, sekiranya ada maklumat kami akan tahan mereka,” katanya. – Bernama
Wow, superb weblog layout! How long have you ever been running a blog for?
you make running a blog glance easy. The overall glance of your website is fantastic,
as neatly as the content material! You can see similar here sklep internetowy