Jangan libatkan saya dengan permainan politik: Johari

Jangan libatkan saya dengan permainan politik: Johari

KUALA LUMPUR: Tan Sri Johari Abdul meminta supaya tidak melibatkan beliau dalam sebarang permainan politik, kerana tugasnya sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat ialah menguruskan persidangan supaya ia berjalan dengan lancar.

Johari berkata beliau akan terus berlaku adil dalam mengendalikan perkara itu, tanpa mengira sama ada melibatkan pihak kerajaan mahupun pembangkang.

“Saya di sini tidak memihak, di sebelah kanan saya bertanggungjawab, di sebelah kiri juga saya bertanggungjawab. Saya diletakkan di sini sebagai insan yang akan mengendalikan perjalanan (Parlimen) agar keputusan yang diambil memanfaatkan rakyat,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab perkara yang dibangkitkan RSN Rayer (PH-Jelutong), yang memohon petuanya berkaitan kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang disifatkan menghentam beliau di luar dewan, seperti disiarkan oleh sebuah portal baru-baru ini.

Dalam laporan itu, Hamzah berkata pihak pembangkang diperlakukan dengan tidak adil di Dewan Rakyat, selain turut menempelak Johari sebagai speaker pertama dilantik tanpa latar belakang perundangan.

Mengulas tentang perkara itu Johari berkata beliau tidak kisah dengan apa jua kecaman terhadapnya yang dilakukan di luar Parlimen.

“Apa-apa juga yang diungkapkan dalam dewan ini yang mempersoalkan kewibawaan dan keputusan saya, saya akan ambil tindakan, namun pun begitu sesiapa juga boleh hina saya di luar, boleh panggil saya tidak layak… tidak menjadi isu kepada saya.

“Saya berkhidmat untuk dewan ini, di luar terpulanglah nak kata tak cerdik ke, tak layak, ia bukan tugas saya,” katanya. – Bernama

Author:

1 thought on “Jangan libatkan saya dengan permainan politik: Johari

  1. Wow, wonderful blog structure! How lengthy have you been blogging for?
    you made blogging glance easy. The overall look of your website is fantastic, as well as the content!
    You can see similar here dobry sklep

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *