MyCC: Bekalan dan harga ayam terkawal

MyCC: Bekalan dan harga ayam terkawal

KUALA LUMPUR: Bekalan dan harga ayam didapati terkawal walaupun selepas kerajaan mengumumkan penghapusan subsidi berkuat kuasa semalam, menurut Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC).

Ketua Pegawai Eksekutif MyCC Iskandar Ismail berkata berdasarkan pemantauan, persaingan dalam pasaran ayam dilihat menunjukkan tanda-tanda yang positif.

“MyCC melihat bahawa bekalan ayam di pasaran tidak mengalami sebarang gangguan, dan harga ayam bagi tempoh dua hari pertama dijual RM6.49 hingga RM11.00 sekilogram. Sehingga hari ini kami tidak menerima sebarang aduan daripada mana-mana pihak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata MyCC akan terus membuat pemantauan bagi mengesan sebarang tanda-tanda kewujudan pelakuan antipersaingan, di samping bagi mengelak mana-mana pihak mengambil kesempatan daripada pemansuhan subsidi dan penghapusan harga kawalan ayam.

“Kami tidak akan teragak-agak mengambil tindakan yang sewajarnya sekiranya terdapat sebarang tanda yang menunjukkan bahawa terdapat gangguan terhadap proses persaingan oleh mana-mana pemain industri,” katanya.

Iskandar berkata MyCC juga bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) serta Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bagi mengesan dan mengambil tindakan terhadap sebarang gangguan dalam proses persaingan dalam pasaran ayam terutamanya yang melibatkan aktiviti kartel.

MyCC mengalu-alukan sebarang aduan atau perkongsian maklumat yang berkaitan dengan isu-isu yang relevan baik dari pengguna mahupun peniaga, dan mereka boleh berbuat demikian melalui laman sesawang www.mycc.gov.my. -Bernama

Author:

1 thought on “MyCC: Bekalan dan harga ayam terkawal

  1. Wow, amazing blog format! How long have you ever been running a blog for?

    you make running a blog glance easy. The entire glance of your site is great, let alone the content material!
    You can see similar here dobry sklep

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *