JSJN: Polis kenal pasti beberapa individu seludup dadah ke Australia

JSJN: Polis kenal pasti beberapa individu seludup dadah ke Australia

KAJANG: Polis mengesahkan telah mengenal pasti beberapa individu di dalam negara ini disyaki menyeludup dadah jenis syabu ke Melbourne, Australia.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Kamarudin Md Din berkata identiti kesemua individu itu tidak dapat didedahkan buat masa ini kerana siasatan berhubung kes itu masih dijalankan.

Beliau berkata hasil siasatan awal mendapati dadah itu diseludup dari kawasan Segi Tiga Emas kemudian dibungkus semula di negara ini sebelum sindiket dadah itu menyeludup dadah berkenaan ke Australia.

“Kami telah menerima maklumat dari pihak berkuasa Australia dan sedang menjalankan siasatan,” katanya dalam sidang media khas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang, di sini, hari ini.

Pada 10 April lepas, media antarabangsa melaporkan pihak berkuasa Australia merampas 336 kilogram heroin bernilai AU$268.8 juta (RM789.56 juta) dalam sebuah kontena penghantaran dari Malaysia ke Brisbane, pada 13 Mac lepas.

Susulan itu, Polis Persekutuan Australia (AFP) dilaporkan berkata Pasukan Sempadan Australia mengesan dadah berkenaan disorok dalam dua blok konkrit simen masing-masing seberat 500 kg. -Bernama

Author:

1 thought on “JSJN: Polis kenal pasti beberapa individu seludup dadah ke Australia

  1. Wow, marvelous weblog structure! How lengthy have
    you ever been running a blog for? you make running a blog glance easy.
    The overall glance of your web site is wonderful,
    as smartly as the content! You can see similar here e-commerce

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *