MELAKA: Sebanyak 30 Duta Perpaduan Melaka (DPM) dilantik dalam kalangan mahasiswa pelbagai kaum membabitkan 12 institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta di negeri itu sebagai ejen perpaduan dan memupuk keharmonian rakyat.
Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Melaka, Intan Suhana Yusuff, berkata DPM berkenaan dilantik bagi memberi pengaruh positif terutama dalam kalangan generasi muda di negeri itu dengan menyebarkan mesej perpaduan menerusi pelbagai platform media sosial.
Selain itu, katanya, DPM berkenaan juga akan menjadi duta pelancongan sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) dengan mempromosikan produk pelancongan negeri itu.
Beliau berkata demikian kpada pemberita pada majlis Penutup Program Kenali Budaya Kita Peringkat Negeri Melaka 2023, di sini, hari ini.
Majlis tersebut disempurnakan Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Ngwe Hee Sem.
Melaka merupakan negeri ketiga selepas Johor dam Selangor melantik Duta Perpaduan dalam kalangan mahasiswa.-Bernama
