Juruukur bahan direman bantu siasatan kes rasuah

Juruukur bahan direman bantu siasatan kes rasuah

KUALA TERENGGANU: Seorang juruukur bahan di sebuah universiti awam di negeri ini direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes menerima wang suapan dan sebuah motosikal keseluruhannya dianggar bernilai RM30,000 daripada wakil sebuah syarikat.

Perintah reman hingga Isnin ini terhadap lelaki berusia 50-an itu dikeluarkan Majistret Nik Mohd Tarmizie Nik Mohd Shukri selepas menerima permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Semalam, lelaki itu ditahan di pejabat SPRM Terengganu pada tengah hari ketika hadir memberi keterangan dan motosikal jenis Yamaha Y15Z terbabit telah disita.

Menurut sumber SPRM, motosikal dan wang suapan tersebut adalah sebagai balasan mengesyorkan kerja-kerja pengubahsuaian bernilai RM3 juta dan bagi mempercepat tuntutan bayaran kemajuan kerja syarikat terbabit.

Kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009. – Bernama

Author:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *