Polis Finland bongkar sindiket dadah libatkan warga dari 10 negara

Polis Finland bongkar sindiket dadah libatkan warga dari 10 negara

HELSINKI (Finland): Polis Finland membongkar satu pertubuhan jenayah antarabangsa yang membabitkan rakyat dari 10 negara dan disyaki membekalkan dadah ke negara itu, kata badan penguatkuasa undang-undang pada Rabu.

“Jabatan Polis Helsinki dan Polis Jenayah Pusat telah membongkar sindiket pengedaran dadah yang melibatkan sebuah organisasi antarabangsa yang disyaki mengedar ratusan kilogram dadah ke Finland,” menurut kenyataan itu, lapor Sputnik.

Polis berjaya merampas lebih 100 kilogram (220 paun) dadah, 230,000 pil narkotik dan lebih €200,000 (US$209,158) wang tunai.

Selain itu, sejumlah dadah dan senjata api berjaya di rampas di Sweden berdasarkan maklumat yang dikumpul.

Seramai 30 suspek telah ditahan untuk membantu siasatan.

Suspek berusia dalam lingkungan umur 20an dan 30an, terdiri warga Finland, Iraq, Kosovo, Norway, Serbia, Somalia, Sweden, Turki, Ukraine dan United Kingdom, kata polis. -Bernama

Author:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *