Ahmad Zahid: Presiden UMNO pertama ke konvensyen DAP: “Orang berbudi, kita berbahasa”

Ahmad Zahid: Presiden UMNO pertama ke konvensyen DAP: “Orang berbudi, kita berbahasa”

BAGAN DATUK: “Orang berbudi, kita berbahasa,“ itu kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengenai kehadirannya buat pertama kali ke Konvensyen DAP 2023, pagi tadi.

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata beliau menyantuni pelawaan DAP yang kini sebahagian daripada gagasan Kerajaan Perpaduan dan mengakui terkejut dengan sambutan dan sorakan yang diberikan ketika hadir di konvensyen itu.

“Ketika Perhimpunan Agung UMNO lepas, Anthony Loke (Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Siew Fook) juga hadir, tepukan gemuruh yang ‘authentic’ tadi mengejutkan saya, saya harap tiada interpretasi yang pelbagai,“ katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutupan program Malaysia Next Leaders 2023 di sini hari ini.

Pagi tadi Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri memecah tradisi apabila menjadi Presiden UMNO pertama hadir ke konvensyen DAP selepas lebih 60 tahun menjadi seteru politik.

Beliau hadir bersama Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

lagi..

Author:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *