PRK: SPR jangka peratusan keluar mengundi lebih 70 peratus

PRK: SPR jangka peratusan keluar mengundi lebih 70 peratus

JOHOR BAHRU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram esok melebihi 70 peratus.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata jika jumlah peratusan itu tercapai, ia mengatasi peratusan keluar mengundi, iaitu lebih 60 peratus yang direkodkan dalam enam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos lepas.

“Kita menjangkakan peratusan itu selepas melihat beberapa faktor, antaranya tanggungjawab yang perlu ditunaikan pengundi dan calon-calon yang sangat hebat dan bersemangat ketika berkempen,” katanya ketika diminta mengulas mengenai peratusan keluar mengundi bagi kedua-dua PRK.

Beliau bercakap pada sidang media selepas meninjau proses persiapan petugas SPR di Dewan Kenanga Majlis Bandaraya Johor Bahru, di sini hari ini.

Justeru itu, Abdul Ghani menyeru agar semua pengundi keluar melaksanakan tanggungjawab masing-masing dan merancang perjalanan susulan keadaan cuaca yang tidak menentu.

Berita lanjut menyusul. – Bernama

Author:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *