Jokowi: Hubungan Asean-China hendaklah bergantung pada kepercayaan

Jokowi: Hubungan Asean-China hendaklah bergantung pada kepercayaan

JAKARTA: Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) (gambar) menyatakan keyakinannya bahawa hubungan antara negara Asean dan China boleh menjana kerjasama sebenar jika saling percaya antara satu sama lain, lapor agensi berita ANTARA.

“Kepercayaan dan kerjasama konkrit ini boleh menjadi kuasa positif untuk kestabilan dan keamanan serantau,“ kata presiden itu semasa merasmikan Sidang Kemuncak Asean-China ke-23 di Jakarta pada Rabu.

Menurut Jokowi, China telah menjadi rakan dialog Asean sejak 1996. Pada 2021, Asean dan China meningkatkan hubungan mereka kepada perkongsian strategik yang komprehensif.

Presiden menegaskan bahawa hubungan ini harus ditafsirkan dengan merealisasikan kerjasama konkrit yang saling menguntungkan.

Beliau membuat kenyataan itu di tengah-tengah ketegangan yang semakin memuncak antara China dan beberapa negara anggota Asean mengenai Laut China Selatan.

Pada 28 Ogos, China mengeluarkan Peta Standard China Edisi 2023 yang dianggap beberapa pihak sebagai alat untuk menuntut perairan ini.

Dalam hal ini, Malaysia, Vietnam, dan Filipina menolak peta baharu China.

Indonesia, sebagai Pengerusi Asean pada 2023, mengambil inisiatif untuk mempercepatkan proses rundingan kod tatalaku (CoC) di Laut China Selatan.

Garis panduan itu diterima pakai pada mesyuarat menteri luar Asean dan Pengerusi Majlis Dasar Luar China Wang Yi di Jakarta pada 13 Julai dan dirancang untuk diratifikasi oleh pemimpin pada Sidang Kemuncak Asean-China.

Selain daripada rundingan CoC, Kementerian Luar Indonesia menyatakan bahawa Indonesia akan terus menggalakkan peningkatan kerjasama maritim praktikal antara Asean dan China dalam usaha meningkatkan kepercayaan bersama dan mengekalkan keamanan, keselamatan dan kestabilan di rantau ini. -Bernama

Author:

1 thought on “Jokowi: Hubungan Asean-China hendaklah bergantung pada kepercayaan

  1. Increase Your Website’s Customer Flow with Matumba studio 😕 Are you losing customers due to low web traffic or don’t have a website yet? 🤖 We’ll conduct a free audit, demonstrate how to boost traffic, and handle all the necessary tasks to achieve quick results. 🚀 With our assistance, your website will soar to the top of Google! 💻 If you don’t have a web presence, we’ll create the best website tailored to your business, fully prepared for advertising and promotion. 🤠 Don’t miss the chance to increase your client base and profit. Contact us through our studio’s website https://matumba.net using any convenient method. We’ll showcase our work’s results through current client examples and provide advice on internet marketing, SEO promotion, and website development. 😎 We understand how to establish a successful online business. Our studio is at the top positions in Google, and we’re ready to assist you! To unsubscribe from the newsletter please follow this link https://ddsi.page.link/ru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *