Fahmi: Pencapaian tiga aspek utama pastikan malaysia menjadi ‘harimau’ digital Asia

Fahmi: Pencapaian tiga aspek utama pastikan malaysia menjadi ‘harimau’ digital Asia

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil (gambar) yakin Malaysia berpotensi menjadi ‘harimau’ digital Asia sekiranya negara dapat mencapai kejayaan dalam tiga aspek utama berkaitan infrastruktur dan ekonomi digital.

Fahmi berkata perkara pertama dalam tiga aspek tersebut ialah menyelesaikan tiga peratus terakhir kawasan berpenduduk yang tiada jaringan liputan.

“Keduanya adalah menjamin atau meningkatkan tahap keselamatan siber dan penjagaan data peribadi manakala yang ketiga iaitu meningkatkan jumlah pelaburan dan mengembangkan ekonomi digital.

“Sekiranya tiga perkara ini (dapat dicapai) dengan kerjasama pelbagai agensi dan pelbagai pihak di bawah Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD), saya percaya limpahan daripada usaha ini dapat dinikmati rakyat dan kejayaan itulah akhirnya nanti boleh menggambarkan Malaysia sebagai harimau digital Asia,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan kempen #JagaDataKita dan langganan perlindungan data peribadi Touch ‘n Go eWallet MyCyberShield hari ini. -Bernama

Author:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *